kerja......

kerja,dulu pernah gak masa study....tak sabar2 nak kerja,tapi bila dah kerja ni rasa mcm nak sambung belajar la pulak..
itulah yang dapat aku rasa,sebenarnya alam pekerjaan tak seindah yang seperti kita gambarkan.Tak semua yang kita harapkan semasa mula2 habis belajar dulu kita akan dapat,dulu bila belajar dalam bidang komputer..terbayang2 bila habis jer belajar..nak jadi IT exec,network andmin,network security engineer dan bermacam macam jawatan lagi yang di idamkan.
tapi selepas keluar dari alam study,masuk alam pekerjaan,rupa2nya masih banyak liku2 yang terpaksa di tempuhi.Mungkin tidak untuk sesetengah orang,tidak di nafikan ada yang dapat menjawat jawatan yang di idamkan seperti it exec,network admin,ataupun jawatan2 yang sesuai dengan kelulusan,dan ada juga yang terus dapat kerja goverment...ya kerja goverment "jawatan yang terjamin masa depan",semua orang impikan..
macam aku sendiri,bila dah habis belajar banyak permohonan untuk kerja aku apply..hampir 6 bulan selepas habis belajar,aku habiskan untuk apply kerja dan menghadirkan diri untuk temuduga..tapi itulah dengan kelulusan yang tak berapa cemerlang...peluang untuk mendapat kerja teramat tipis.ramai dari kalangan kawan2 ku yang mengalami nasib yang sama..dan ada juga yng bertuah....apply KPLI dan dapat masuk kursus untuk menjadi GURU..ya "guru@cikgu"..satu bidang pekerjaan yang mulia..mendidik anak bangsa.
dulu aku pun tak terkecuali untuk memohon KPLI,yer lah memandangkan peluang pekerjaan yang sukar,seoalah tiada pilihan..aku trus jer apply...bermula dari tahun 2004 hingga 2006 aku apply KPLI tapi tak pernah dapat2..mungkin bukan rezeki aku kot..dah apply 3 kali pergi MTest tapi tak dapat gak..dan mungkin aku ni tak layak nak jadi cikgu.dan sebenarnya aku pun tak pernah terlintas di fikiran untuk menjadi cikgu.
so bila percubaan untuk menjadi cikgu tak berjaya aku pun apply kerja,dan masa tu aku fikir ape2 kerja pun boleh janji dapat kerja..untuk menampung hidup sorang2 dkt K.l.
so kerja pertama yang aku buat lepas habis belajar,aku kerja part time dekat hotel marriot putrajaya,sebagai waiter.kerja pun tak menentu masa...aku dibayar rm5/hour...dan makan lepas...so..at least aku dah tak perlu keluarkan duit untuk makan....
waktu kerja tak menentu,bergantung pada function yang ada..bila hotel busy dgn majlis2 so aku dapatlah kerja banyak,dan dapatlah duit lebih...kadang2 kerja start kul 7am-9pm,ada gak 3pm-4am..cuba kira so 7am-9pm=14 hour,means aku dapat rm5*14=rm 70 sehari...kalau kerja ada dalam 4,5 hari seminggu dapatlah dalam rm70*4@5 day=rm280-rm350 per week...kira ok lah,makan dah lepas cuma bayar sewa dengan isi minyak motor...
sebenarnya banyak yang aku ingin ceritakan tentang kerja pertama yng aku buat lepas habis belajar dulu...tp aku continue next time la....

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. anda kira bertuah

    dulu2 saya lepas diploma gaji hanya RM500 sebulan

    makan-minum, pengangkutan, penginapan semua dalam tu.

    3 bulan sebagai operator mesin, bulan ke 4 pindah tempat lain dapatlah RM900 sebulan

    BalasPadam