Pasar Ramadhan

Alhamdulillah,
hari ni aku dah hampir sihat, selepas tiga hari aku merana sakit perut dan cirit birit di sebabkan oleh food poisioning. Dan hari ni aku telah mula kerja, smlm M.C.

Dan dengan ini aku telah mengisytiharkan perang kepada pasar ramadhan di Serdang, aku kena cirit birit hampit 3 hari ni sebab beli juadah untuk berbuka puasa di pasar ramadhan,terseka jiwa dan raga bila cirit birit ni, toilet tak usah citer, lebih dari 20 kali sehari, lepas tu dah gi klinik, masih lagi sakit, pergi hospital doktor suntik satu jarum, tp masih lagi ada..ini kali pertama dalam hidup aku sepanjang berada di perantauan kena cirit birit.

Selepas ni aku dah serik, dan boleh di katakan aku dah fobia nak beli juadah dkt pasar ramadhan, takut kn keracunan makanan lagi,so tiap2 hari masak dkt rumah, so tak yah takut lagi dengan keracunan makanan.

Dan kepada rakan-rakan ku sekalian, tak salah berkungjung ke pasar ramadhan, cuma berhati2 dalam memilih juadah berbuka, takut ada yang tercemar dan akibatnya ialah, perut yg akan menangungnya dan selepas tu, toilet lah yang sentiasa menemani korang.

ok sambung lain kali

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. kesian kat dia... tapi sakit sakit ni, ada orang lagi care kat awak kan... bertuah nye badan... tapi lain kali jangan sakit lagi lah.. nanti dia lagi sakit sebab risaukan awak yang sakit ni....
    anyway.. May Allah bless u always..

    BalasPadam