terus menulis


lama tak menulis tak bererti takder idea, namun masa selalu mencemburui aku, sampaikan nak menjengok blog ni pun aku tak sempat, tapi aku terlalu sayangkan blog ini, kerana disinilah aku meluahkan isi hatiku, tempat aku menumpang dan berkongsi sedih,luka,duka dan juga kegembiraan.

setelah hampir setahun aku telah melalui satu revolusi untuk meningkatkan kebaikkan diri "BERUBAH DARI TIDAK BERAPA BAIK KEPADA MENJADI BAIK",dan alhamdulillah sedikit demi sedikit aku telah sedar di mana intan dan juga kaca, dapat menilai yg mana baik dan juga yg mana tidak baik.

dan penghujung tahun 2007 ni, alhamdulillah azam-azam tahun ni berjaya juga aku capai, walaupun tidak kesemuanya seperti untuk keluar dari belenggu masalah hutang PTPTN, dan hutang lapuk.dan aku percaya masih ada orang sengakatan dengan aku masih lagi berusaha untuk menyelesaikan hutang2

aper lagi aku nak tulis yer? dan tahun ini banyak perkara2 yang telah berlaku dalam diriku ini, dengan kerja-kerja yg berlambak, dan aku makin gembira bekerja dengan kompeni sekarang, kerana banyak peluang2 yang aku dapat untuk memajukan diri. kalau dulu aku hanya kerja dan kenal sekitar kuala lumpur selangor, namun sekarang aku sudah diberi peluang melihat tempat2 orang di sekitar malaysia seperti sabah, johor, penang dan lain2 lagi.

dan aku sekarang agak gementar bila di beri kepercayan oleh bos aku untuk menghadiri exhibition di ar,sarjah DUBAI pada 10 januari 2008 selama seminggu, perasaan aku bercampur baur, takut gembira dan semuanya ada,namun aku harus membalas kepercayaan yg telah di berikan oleh kompeni aku dan membuktikan yg aku mampu melakukannya....(aku masih lagi belum buat pasport..hehehehe)

selain itu mungkin penghujung febuari nanti aku akan terbang ke Brisbane, australia untuk menjalani latihan dengan principal kompeni aku di sana nanti, kalau lah tiada halangan aku bakal membawa isteri kesana untuk berbulan madu di gold coast.huhuhhuhu..harap2 hujung bulan dua nanti aku ada duit lebih untuk berada di brisbane seminggu dan juga seminggu lagi di gold coast..insyaAllah.

sekarang ni dah hampir ke penghujung tahun 2007, dan sampai masanya aku untuk memikirkan apakah azam tahun 2008 nanti, dan antara matlamat azam tahun 2008 nanti ialah aku nak kahwin, bulan 2 nanti, insyaAllah. lagi aku nak dapat naik gaji lagi...RM3k sebulan masih lagi tak cukup...tamak kan aku?..heheheheh...azam tahun baru,nak capai target side income RM1000 sebulan...

sekarang giliran korang lak, APAKAH AZAM TAHUN baru korang??????

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Azam tahun baru kite;
    1. Nak jadi isteri solehah
    2. Nak lahirkan anak yang soleh/solehah
    3. Nak jadi anak dan menantu yang baik hati
    4. Nak pindah rumah
    5. Nak pindah kerja dan nak jadi pekerja cemerlang
    6. Nak kumpul duit untuk sesuatu yang rahsia...
    Semoga Allah memberkati azam dan cita-cita kite yang baik ini dan semoga segalanya dipermudahkan untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Ameen...

    BalasPadam