Segitiga kebakaran |
Sebenarnya dah lama nak menulis tentang bidang kebombaan ni memandangkan kerjaya ku sekarang di dalam bidang kebombaan dan sebenarnya dah 11 tahun lebih berkhidmat di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Kita sering terdengar tentang sains kebakaran dan saya percaya kebanyakkan dari kita ada yang memahami berkaitan konsep asas kebakaran cuma mungkin terdapat pelbagai versi dan pemahaman, cuma apa yang saya ingin tulis ini bukanlah perkara baru dan bukannya apa yang semua faham sebelum ni salah dan tiada betul @ salah.
Kalau nak faham tentang asas terjadinya kebakaran kita kena tengok konsep segitiga kebakaran dari segi sudut saing iaitu kebakaran itu terjadi apabila wujudnya tiga unsur iaitu (OKSIGEN, BAHAN BAKAR, DAN HABA), apabila terjadinya tindakbalas kimia di antara ketiga unsur tersebut maka terjadilah kebakaran.
Jadi secara mudah untuk difahami ialah, konsep asas kebakaran itu terjadi apabila wujudnya ketiga-tiga unsur tersebut dimana apabila bahan bakar mencapai tahap untuk terbakar (ignition) dan ditambah dengan semua unsur di atas maka terjadinya kebakaran.
Cara nak mudah nak faham, cuba nyalakan lighter, api akan menyala tetapi kalau kita melepaskan pin untuk mengeluarkan gas (bahan bakar) maka lighter tersebut akan padam (kerana bahan bakar telah habis), selain itu boleh juga cuba dengan menyalakan lighter dan tutup di hujung lighter yang mengeluarkan api, maka api tersebut akan padam dimana kita telah menutup satu unsur iaitu (OKSIGEN), bila hilang salah satu unsur tersebut maka kebakaran tidak akan berlaku
Jadi itu sahaja konsep asas kebakaran yang boleh diterangkan secara ringkas, next artikel saya akan tulis berkaitan bagaimana untuk mengelakkan dari terjadinya kebakaran dan yang penting kita kena faham terlebih dahulu asas kebakaran. Sekian, terima kasih
0 Ulasan