Outstation

Ini adalah post saya yang terakhir untuk minggu ini, pagi esok pagi2 lagi saya akan ke Kem mahkota, kluang johor untuk presentation produk syarikat saya bekerja dan juga installation voice recording. Saya akan kesana selama tiga hari, so tiga hari tak online..lama gak tu.

Selalunya macam tu lah, setiap bulan ada jer kena gi outsation... dan paling kurang pun 2 hari. Macam ni lah kerja swasta, banyak tanggungjawab yang perlu di pikul. Kadang penat juga lah bila bekerja makan gaji ni, tapi fikir nak buat bisnes....dalam diri ni tak yakin lagi untuk memulakannya dan masih lagi takut untuk keluar dari alam makan gaji ni..cuma memasang impian suatu hari nanti akan keluar juga dari kepompong dan ada perniagaan sendiri.

aper lah saya melalut ni..heheheh...tah la kalau dah tak tau nak post aper ginilah jadinya, nak citer pasal kerja pun dah tak larat nak fikir...seharian bekerja..badan pun dah penat....ok lah sambung di lain masa..

Catat Ulasan

0 Ulasan