Sesi terjah Hutan Lipur Sekayu, Terengganu

Pada satu hujung minggu, sabtu 16 mei 2009 sempena hari guru " Selamat hari guru" kepada semua cikgu-cikgu, aku dan 3 member telah membuat sesi terjah di air terjun sekayu ataupun hutan lipur sekayu yang terletak di daerah kuala berang, terengganu.

Mulanya program terjah ni ad hoc jer tak rancang apa2 pun. Pagi bangun packing barang then terus ke lokasi ari terjun sekayu,woo dah lama tak mandi air terjun nih..sebelum sampai ke lokasi kami berempat singgah breakfast dkt warung di kuala berang dulu, then pastu bungkus nasi untuk makan tengahari dkt air terjun sekayu tu nanti, maklumlah kalau nak makan kat air terjun sekayu tu, mahal ooo.so pada sesiapa nak pergi air terjun sekayu, singgah dulu kat mydin ker giant k.terengganu dulu, beli makanan dan minuman siap2, sbb dkt air terjun sekayu tu..ada..tapi mahal skit, bab kata member aku "masin la sikit".



Air terjun sekayu takder kenakan apa2 caj kalau nak masuk kat sana,cuma kena report masuk jer, manalah tau kot2 korang hilang, nanti senang nak kesan.

Mula2 sampai disana, fuh.,...memang menarik dan ramai orang bercuti dihujung minggu, tapi kami sampai2 jer terus nak mandi, hahaah,,semua pun tak sabar nak mandi.


Bila dah mandi tuh mcm2 aksi lah nak dibuat nyer, yer lah..dah lama tak mandi air terjun, seronok tu. tapi awas !! KESELAMATAN ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI, so kalau korang nak mandi, tgk lah dulu tanda amaran ataupun sebagainya kat tepi air terjun sekayu tu.

PERINGATAN : JANGAN CUBA UNTUK MENIRU AKSI DIATAS !! SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KEATAS KECEDERAAN YANG DIALAMI.

Pukul 3 kami balik sebab hujan lebat, nak mandi time hujan bahaya sebab takut kalau air hujan dari atas bukit turun kebawah dengan jumlah yang banyak, alamaknya habis lah yang kat bawah tu di sapu bersih....so beringatlah kalau nak mandi time hujan di air terjun. TAKE YOUR OWN RISK.

So kepada sesiapa yang berminat untuk mengujungi Hutan Lipur Sekayu, terdapat pelbagai cara untuk kesana, cara yang paling mudah bawak keter/motor sendiri.


kalau dari kuala terengganu, ambil jalan menghala ke pekan kuala berang. dan Sampai di kuala berang akan ada papan tanda menunjukkan Hutan Lipur Sekayu, jarak lebih kurang 16km pekan kuala berang. sekiranya anda menggunakan kapal terbang, bas dan sebagainya, sampai je di kuala terengganu, ambil bas sp bumi ke kuala berang, then amik teksi, lebih kurang rm10-rm30 tambang satu teksi.

okies...selamat bercuti dan jgn lupa terjah air terjun sekayu

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam