Cara nak setup blog wordpress paling senang

Artikel ini adalah sambungan kepada artikel sebelum ni iaitu Macam mana nak beli Domain dan Hosting

Kali ini saya akan tunjukkan bagaimana nak install blog dengan menggunakan platform wordrpess dengan cara yang paling senang dan pantas tanpa perlu menggunakan File Transfer Protocol (FTP) ataupun sebagainya.

Anda hanya perlu menggunakan akaun cpanel yang telah anda dapat setelah membeli domain dan hosting seperti yang telah saya tunjukkan pada artikel sebelum ini. Jadi kita teruskan kepada langkah demi langkah bagaimana menggunakan akaun cpanel untuk install blog wordpress

Langkah yang pertama yang perlu anda lakukan ialah login terlebih dahulu ke akaun cpanel domain anda, sebagai contoh http://www.seribong.info/cpanel dan paparan berikut akan keluar, lihat gambar dibawah

langkah 1 install blog wordpress anda

Masukkan username serta password yang telah dihantar ke email semasa pembelian domain dan hosting anda untuk login akaun cpanel, paparan gambar diatas adalah menggunakan web browser google chrome, mungkin ianya berbeza sekiranya anda menggunakan Internet Explorer ataupun Mozilla Firefox. Tetapi yang penting ialah anda perlu masukkan username dan password untuk memasuki ruangan cpanel

Langkah seterusnya ialah menggunakan software yang dibekalkan di cpanel iaitu Fantastico De Luxe, klik sahaja seperti gambar di bawah dan anda akan dibawa kepada ruangan yang baru seperti gambar dibawah

langkah 2 install blog wordpress

Selepas anda klik Fantastico De Luxe satu lagi paparan akan keluar seperti gambar dibawah.

langkah 3 install blog wordpress

Klik pada " wordpress " seperti dalam bulatan merah gambar di atas dan ikuti gambar seterusnya


langkah 4 install blog wordpress

Klik pada New Installation untuk install blog wordpress anda, tak sabar bukan untuk buat blog wordpress? sila ikut langkah seterusnya di bawah

langkah 5 install blog wordpress

Part ini merupakan yang paling penting untuk anda memberi perhatian dan ikuti langkah ini dengan betul supaya anda tidak tersilap langkah, kerana kalau anda tersilap langkah maka buruklah padahnya.

  • Untuk install on domain, anda pilih domain mana yang anda ingin pilih, samada subdomain ataupun sebagainya

  • untuk install on directory, anda boleh biarkan kosong untuk install blog pada domain tersebut, sekiranya anda ingin blog anda berada dalam direktori seperti domain ini www.muhammadtarmizi.com/blog maka dekat install on directory anda masukkan perkataan blog, tetapi perlu dingat, pastikan direktori yang anda buat tersebut tidak lagi wujud didalam hosting anda

  • ok untuk langkah seterusnya "admin access data", bahagian ini merupakan bahagian paling kritikal iaitu anda perlu masukkan username atau dalam bahasa melayunya nama pengguna dan juga password untuk anda login blog wordpress anda nanti. Salin pada kertas untuk username dan password tersebut, sebab kalau anda lupa, memang nak dapatkan balik anda kena edit dan masuk mysql databases, huhuuhu

  • Base configuration adalah tidak penting tetapi anda masukkanlah apa yang patut, terpulang pada anda la.

  • Langkah terakhir ialah klik pada " install wordpress" dan lihat gambar seterusnya dibawah

langkah 6 install blog wordpress

Gambar di atas ialah setelah anda klik pada install wordpres tadi dan dekat sini adalah maklumat-maklumat yang diberikan seperti nama databases yang dibuat oleh software fantastico untuk blog wordpres anda dan direktori blog wordpress anda, klik sahaja pada " finish installation". dan lihat gambar dibawah.

langkah 7 install blog wordpress

tadaaa dah siap rupanya install blog menggunakan platform wordpress, mudah bukan, kalau payah gak, pergi ambil air di 7 kolah masjid pastu minum...bagi terang skit hati...jgn marah gurau ja, kalau marah nanti kena jual

pastikan anda print page ini sebagai rujukan kalau anda lupa username ataupun password blog anda nanti, setelah semuanya selesai, masukkan domain anda dkt address seperti yang tertera pada gambar di atas dan paparan blog anda adalah seperti gambar dibawah

seribong.info_1265941761061

*klik pada gambar di atas untuk besarkan.

Gambar kat atas itu adalah theme asas wordpress sahaja, untuk menukar theme tunggu sehingga artikel lain yang saya akan tulis nanti, jadi melekat lah kat blog ini untuk belajar bagaimana nak menukar theme, tapi kalau anda nak cepat sangat guna jer google.com untuk mendapatkan maklumat bagaimana nak tukar theme yang cantik seperti blog sy ni, hahahah

Ok langkah seterusnya untuk log in blog anda pergi pada bahagian Meta dan klik log in ataupun anda boleh terus taip pada address bar alamat ini http://www.bloganda.com/wp-admin (bloganda tukar kepada domain anda)

dan untuk log in lihat gambar dibawah.

seribong.info â€Âº Log In_1265941842002

sekiranya anda telah berjaya sehingga gambar di atas bermakna anda telah berjaya install blog menggunakan platform wordpress, tahniah untuk diri sendiri dan berikan satu tepukan gemuruh untuk diri anda sendiri dan kini anda tidak perlu lagi mengupah orang lain untuk install blog wordpress.

k_01_art_835_clip_image001

Sekiranya anda merasakan artikel ini berguna untuk anda, bolehlah anda print dan sebagainya, tetapi untuk anda letak artikel ini dalam blog anda sila letakkan link blog saya sebagai sumber rujukan, kalau tak nak pun tak per.....nanti kita kira dekat akhirat nanti...

Anda boleh dapatkan terus artikel ini ke dalam email anda dengan melanggan blog saya ke dalam email, masukkan email anda di kotak dibawah

Catat Ulasan

33 Ulasan

  1. ade penah try nak guna wordpress arituh. tapi xbrape paham sangat la. maybe da biasa dengan blogger.com agaknye. :)

    BalasPadam
  2. lepas ni agaknya dah boleh lah guna wordpress, tapi yang saya tunjuk tu adalah untuk self hosting je, bukan yang dot wordpress yang free tu

    BalasPadam
  3. artikel yang sangat bagus.. jarang jumpa cmner nak install wordpress ni dlm bahasa melayu

    BalasPadam
  4. terima kasih, sebab kalau ada pun dalam bentuk ebook yang dijual...jarang orang nak bagi percuma benda ni,

    bagi saya pula, ini adalah khidmat komuniti kepada semua, disamping saya dapat belajar bagaimana untuk menulis artikel dalam blog dalam bentuk yang org suka baca

    BalasPadam
  5. Bagus juga info ni. Boleh buat ajar orang lain. Saya dulu main belasah je. Alih-alih bila orang tanya susah nak explain. Lepas ni kena juga tulis elok2 apa yang kita try error selama ni.

    BalasPadam
  6. itulah, sy dulu pun bermula dengan try n error, selepas 5 tahun berkecimpung dalam arena blog ni baru lah berani nak buat artikel mcm ni

    BalasPadam
  7. eh..aku baru nak wat tutorial ni dalam malay..ko dah buat..tape ..aku link kan jer la ke sini nnt..roger..?
    aku wat part lain la gitu...

    BalasPadam
  8. ok boleh, no hal, thanks bro

    BalasPadam
  9. aku dulu pon fisrt time install wordpress pakai fantastico.
    senang giler.
    klik, klik, klik, da siap!

    BalasPadam
  10. tp sesetengah org berpendapat install menggunakan fantastico senang untuk blog di hack sbb sql databases dia senang utk di teka

    BalasPadam
  11. [...] Sebagai alternatif bagi pembaca yang ingin mendapatkan info mengenai panduan buat blog dot com, bolehlah lawati blog mijie. [...]

    BalasPadam
  12. tak minat sangat guna fantastico ni. Upload sendiri ftp lagi best

    BalasPadam
  13. kalau dah terrer memang guna ftp lg best

    tp kalau kat ofis, port ftp kn block terpaksa guna fantastico

    BalasPadam
  14. bro...thanks... dgn pantas sekali akak melaksanakan keinginan nak punya blog sendiri.thanks

    blm abih... baru sekerat jln

    BalasPadam
  15. tahniah kak, mudah bukan, kalau tak reti nanti just hubungi saya

    BalasPadam
  16. assalamualaikum..

    bro minta tlg bg suggestion which template yg user friendly untuk org baru mcm akak. nak byr design mahal tu...rm600.
    thanks

    BalasPadam
  17. waalaikumusaalam..

    sekarang ni akak kena tentukan nak pakai theme jenis mana, dua sidebar ke atau 3 sidebar ke

    then tentukan warna yang disukai...

    pas tu ciri2 yang penting untuk theme ialah, loading time cepat, jgn banyak sgt theme yg ada scripts...

    tapi untuk begineer sy rasa pilih dkt theme free dalam wordpress tu pun dah ok, lihat post ini untuk menukar theme

    http://www.muhammadtarmizi.com/belajar-wordpress/langkah-menukar-theme-blog-wordpress-tanpa-ftp

    BalasPadam
  18. gua bila baca entry ni maka teringatlah pengalaman gua nak setup blog guna wp ni......macam tikus tengok besi ....terkial-kial....:) (konon-konon nak try n error)

    BalasPadam
  19. 3 tahun dulu mcm tu lah saya alami

    BalasPadam
  20. kenapa selepas install ke directory saya periksa kedalam FTP directory yg telah diinstall is empty kemana file2 code yang telah diinstall?

    BalasPadam
  21. masuk ftp directory yg mana satu tu? kalau guna ftp cuba buka dkt public_html dan kalau guna cpanel pun sama, klik kat file manager then buka public_html

    sepatutnya ada kat situ...jelas tak? kalau tak jelas lagi...contact saya

    BalasPadam
  22. ok thanks sifu dah jumpa dekat public html...thanks tutorial sangat berguna.....

    Nak tanya satu lagi sekarang ni saya guna web hosting berbayar yang dah disediakan cpanel dan fantastico dan lain-lain lagi....kalau saya nak setup server sendiri ada kah perlu saya membeli cpanel atau install sendiri dari internet ?

    BalasPadam
  23. ok done...yeah

    kalau nak setup server sendiri dkt rumah ke? untuk setup server sendiri banyak kerja kena buat, salah satu nye boleh sewa data center dkt tmnet dicyberjaya, kn beli sebiji server

    then kn install server aplication mcm apache server, install php application, mysql databases dan mcm2 lagi la...sy bukan pakar dalam bab setup server sendiri..tapi secara asasnya untuk memiliki server sendiri banyak perkara perlu dibuat dan kossnya...

    cpanel mempunyai lesen jadi kena beli lesen, ada renewal every year

    BalasPadam
  24. Salam bro mijie hehe actually byk soklan nk tnya ni hehee tp xpa la godek2 dulu kat blog ni hehe...hurm sblum tuh camna ek nk wat simbol blog kita kuaq kat browser ek...cam simbol blog ni simbol "t" tuh

    BalasPadam
  25. gunakan plugin favicon, install then upload icon yg kita nak

    BalasPadam
  26. blh x share laman web plugin favicon utk install??
    sy pnt mncri kt google tp xjmpe yg mn blh trus install..
    sy ni bru nk blaja It ni...pls ye help? sy nk bt icon utk blog sy jugak

    BalasPadam
  27. kalau plugin favicon untuk wordpress saya install terus dari dasboard tu, klik add new plugin then search favicon,

    blog blogspot tak leh gun plugin, cuma boleh cari icon then kena edit html untuk tukar icon tu

    BalasPadam
  28. macamana cara ea? blh ajar x? xpun bg step...sy nk gne utk blogspot sy..cmn nk search icon?

    BalasPadam
  29. boleh rujuk di sini untuk membuat favicon

    http://mohdfaiz.co.cc/cara-nak-buat-favicon

    BalasPadam
  30. saya nak tau lebih lanjut pasal fantastisco ni, sy ada bg emel kat sedara mijie. Harap dibalas, tq ye.

    BalasPadam
  31. email sudah dihantar, sila check yer, kalau tak der dlm inbox, sila check dalam spam

    BalasPadam
  32. [...] atas usaha sendiri dan jugak bantuan dari “cikgu cikgu online”, seperti Murki, Mijie , Fazreen dan Sis Syamila Terkial kial dibuatnya hehe!! Posted in personal Tags: blog, set [...]

    BalasPadam
  33. [...] Tutorial Mijie pun banyak cerita pasal plug in dan pindah ke wordpress, dan terima kasih jugak kat Mijie yang banyak jawab soalan saya. Tak lupa jugak kat sis Syamila, sori ye sis kacau sis tengok hindustan ahaha!! [...]

    BalasPadam