Pagi Ahad

Setelah seminggu bekerja..dari hari isnin sehingga jumaat, hari sabtu dan ahad la hari untuk tidor..hehehee,tapi agak pelik skit, bila tiba jer hujung minggu..mlm sabtu pukul 12 pun dah ngantuk, hari biasa kul 2 pagi pun tak ngantuk lagi..hairan bin ajaib.

dan semalam sebenarnya nak updated blog DIY CCTV, bila dah pukul 12 mlm dah ngantuk..so tak dapatlah nak mengupdated kan blog, ada banyak gak yang ingin di tulis dalam blog panduan asas cctv. tp mata dah ngantuk nak buat mcm mana..

Ramai orang yang bertanyakan kepada aku mengenai cctv, rupa2nya ramai juga orang yang berminat mengenai cctv, dan aku rasa best sangat2 sbb dapat bantu orang2 yang berminat nak mulakan perniagaan cctv, 2 bulan sudah ada satu kenalan dri kelantan..meminta tunjuk ajar mengenai cctv.. dan sekarang ni dia dah pun berjaya menjalankan perniagaan cctv.

Dan harapan aku, bilangan kaum bumiputera yang menceburi bidang cctv ni semakin bertambah, kerana selama ini CCTV di kuasai oleh golongan kaum lain...so harapan aku agar suatu hari nanti, bilangan syarikat2 cctv bumiputera semakin bertambah dan kontrak2 yang selama ini di kuasai oleh kaum lain....dapat di kongsi oleh bumiputera.

Just my 2 cen.

Catat Ulasan

0 Ulasan