Sebenarnya hampir setahun dah menaruh harapan untuk memiliki jentera naked yg jahat ini. Kawasaki Z800 ni boleh dikatakan jentera yang sangat garang dan jahat bila berada di jalan raya
Beberapa kali juga aku cuba z800 ni dan apa yang boleh aku cakapkan, kuasa yang ada pada motor ni sangat kuat dan aku yang baru mencuba2 ni rasa macam tak boleh tidor malam ingatkan naked biked ni
Ikutkan hati memang dah lama nak beli cuma masa tu dah berbincang dengan keluarga, jadi ambil kereta dulu supaya keluarga selesa bila nak jalan jauh2 mahupun jalan dekat
Memandangkan motor terlalu seksi dan menari, aku harap tahun 2015 aku dapat memilikinya. Satu sebab adalah kerana minat terhadap jentera 2 roda ini. Keduanya dengan jarak antara rumah aku dengan tempat kerja hampir 40km dan pergi balik dah 80km membuatkan aku perlukan motor untuk elak jem
Tapi walauapapun sebab suatu hari nanti aku akan memiliki juga z800 ni..insha Allah
0 Ulasan