Cita-cita dan impian

Setiap manusia mempunyai cita-cita dan juga impian, dan begitu juga aku. Kalau di imbas masa sekolah rendah dulu bercita-cita nak jadi doktor la cikgu, dan dalam fikiran masa tu tak pernah pun terfikir nak jadi Jurutera ke jadi pakar komputer ke, sebabnya tak pernah pun terdedah masa kecik-kecik dulu pasal komputer, maklumlah duduk kampung. Kenal komputer pun masa dah masuk sekolah menengah.

Berbalik kepada cita-cita dan juga impian, bila dah masuk sekolah menengah, cita-cita cuma sedikit jer berubah, ada lah bila dah habis belajar nak jadi cikgu matematik la, nak jadi doktor pakar la, kiranya masuk sekolah menengah tu kira advance skit la. Dah ada sedikit pengkhususan terhadap cita-cita. Dan impian pula, tinggi menggunung sehingga nak dapat kereta besar rumah besar dan semuanya besar.

Dan sampai bila dah habis belajar baru lah tahu, oooo rupa-rupanya masa sekolah rendah dulu cita2 tu hanyalah ikutan orang, maklumlah masa sekolah rendah dulu cikgu selalu tanya "bila besar nanti nak jadi apa", maka adalah yang menjawab "saya nak jadi cikgu", saya nak jadi doktor" dan bermacam2 lagi la..so secara tak langsung..terikut dengan pelajar2 lain

Bila imbas balik kenangan masa kecik2 dulu, cita-cita yang di lafazkan masa dulu hanyalah tinggal cita-cita sahaja. Sekarang bekerja di dalam bidang komputer dan tak pernah ada pun dalam cita2 masa kecik dulu untuk kerja dalam bidang komputer. Dah kalau dulu impian untuk memiliki rumah besar, nak kereta besar, nak kaya lah, itu la, ini lah...rupa2nya impian tu hanyalah impian sahaja. dan sekarang baru lah sedar, untuk meletakkan sebuah impian, banyak yang perlu di ambil kira, bak kata pepatah "ukurlah baju pada badan sendiri".

Itulah realitinya, semua manusia mempunyai cita-cita dan juga impian, untuk melaksanakannya itulah yang paling penting.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Putri rasa tak salah kite mempunyai cita-cita dan impian... kadang2 ia akan menjadi motivasi untk kite lebih cemerlang di masa hadapan.. mmg dulu paling glamer cita-cita nak jadi doktor, jururawat, peguam, polis... paling tak sangka boleh terfikir nk jadi pramugari tu.. emmm tinggi pun tak seberapa.... Putri doakan semoga Mizie dapat rumah besar, kereta besar, perniagaan besar, dan keluarga besar nnti... Semoga Mizie sentiasa success dalam apa jua yang Mizie lakukan.
    Sekian, terima kasih.

    BalasPadam