Semangat kemerdekaan dan cuti

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua,

Ini adalah post yang terakhir untuk bulan ogos yang saya akan buat, kerana malam ini saya akan bertolak untuk pulang ke kampung, huhuhuhuu dan rindu sgt dkt mak.

Ok berbalik kepada tajuk di atas, semangat kemerdekaan dan juga cuti, pertamanya mungkin ramai di kalangan kita akan pernah di tanya, apa erti "kemerdekaan", dan saya percaya setiap orang ada jawapan yang tersendiri, dan bagaimana pula dengan saya?. Bagi saya erti kemerdekaan sebenar ialah merdeka diri sendiri terlebih dahulu, bebas dari segala beban hutang, dan kebebasan dalam erti kata lain "saya bebas melakukan apa sahaja di bumi malaysia yang tercinta selagi tidak melanggar undang2 yang telah di tetapkan"

Oklah terpulang pada masing-masing untuk menterjemahkan erti kemerdekaan, asalkan jangan menyalah gunakan erti kemerdekaan, mungkin antara sedar dan tidak sedar, kebanyakkan dari kalangan kita bila sebut mengenai kemerdekaan ialah dapat melihat bunga api, konsert sambutan merdekan, dalam erti kata lain menyambut merdeka adalah satu hari yang di tunggu-tunggu untuk diraikan dengan segala macam hiburan, dan pertunjukkan bunga api dan sebagainya, tanpa merenung sejenak adakah erti merdeka hanya begitu? Saya tinggalkan persoalan ini untuk anda berfikir, dan anda sebenarnya bebas untuk berfikir apa sahaja kerana negara kita telah merdeka.

Ok tentang cuti lak, sememangnya merdeka adalah hari yang di tunggu oleh semua orang samada pekerja, pelajar dan apa jua yang anda lakukan, kerana bila tibanya hari kemerdekaan semua orang merancang untuk bercuti, melancong dan segala macam aktiviti lagi, dan saya juga tidak terlepas untuk bercuti, tapi kali ini saya akan bercuti di kampung dan malam ini saya akan bertolak pulang ke kampung, insyaAllah selamat dalam perjalanan nanti.

Itu sahaja untuk di luahkan hari ni, dan dengan cuti ini tiga hari ataupun mungkin 4 hari saya tidak akan mengupdated blog-blog saya seperti Blog Do it Yourself CCTV dan juga blog-blog lain..sekian cetusan merdeka dari saya, ok adios untuk semua dan selamat menyambut kemerdekaan yang ke 50 bagi negara kita yang tercinta, Malaysia

akhir kata "MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA!!!!"

Catat Ulasan

0 Ulasan