Hari Khamis

Hari ni merupakan hari khamis 27 september tahun 2007, dan entri ini di tulis pada pukul 6.03 pagi, kenapa entri ni bertajuk hari khamis? sbb hari ni hari khamis la aku menulis entri ini dengan tajuk ni. Sbenarnya hari ni aku dan ofis mate aku ada presentation dekat kompeni petronas.

Presentation kali ini mungkin aku juga akan terlibat sedikit, memandangkan sebelum ni aku hanya terlibat secara tak langsung sahaja, tapi kali ini aku akan join staf yang lain untuk buat presentation. Mungkin bagi korang yang dah selalu buat presentation sudah biasa ngan situasi ini, tapi tidak bagi aku. Aku yang hanya melibatkan diri dalam bidang teknikal dan bila kena melibatkan diri dalam presentation aku rasa macam benda baru, dan masih lagi bukan kemahiran yang aku ada. Tapi aku sebenarnya tidaklah risau sangat sebab bukan aku sorang jer yang buat presentation nanti, dan hari ni jugalah aku bersiap awal untuk gi KLCC nanti, nak iron baju yang lawa2, yang dah lama terperuk dalam almari baju aku tidak di gunakan, kerana selalunya aku hanya pakai simple2 jer untuk kerja, tapi kali ini aku memakai pakaian yang agak hensem...ahahahahhaha..( aku memang perasan)...dan aku hanya menggunakan baju yang lawa2 sebelum ni untuk interview sahaja. hehehhe.

Dan esok aku akan ke Johor Bharu, outstation again...nak buat macam mana dah kerja, nak tak nak kena gi gak...bukan takder staff lain,tapi ada citer di sebalik citer di sebalik citer naper staff lain tak nak gi Johor, sebenarnya ofis mate aku tak leh gi johor sbb dia selalu (* suwei)...selalu ckp pergi johor jer outstation mesti ada mslh yang tak boleh nak settle...So aku lah yang kena pergi solvekan...dan sebenarnya aku memang suka ke Johor..ya Johor...negeri yang bakal menjadi rumah kedua untuk aku nanti, heheheheh....*wink*..

K lah kawan2 nanti aku sambung citer aku kat johor nanti....

Catat Ulasan

0 Ulasan