Kelebihan Solat Tarawih

Assalamualaikum semua,

selamat menjalani ibadah puasa, bila tiba bulan puasa, biasanya jadual harian pun ada sedikit berubah, kalau selalu balik kerja pukul 6 ptg, nampaknya bos kompeni saya bekerja bermurah hati untuk bagi saya balik pukul 5, ya inilah yang menggembirakan saya...walaupun hanya saya seorang sahaja melayu dan beragama islam kerja di kompeni tu, tp bos saya peka...

so, kalau dah boleh balik pukul 5, sempat la nak gi beli juadah berbuka puasa..dan sempat prepair utk berbuka, kalau kul 6 balik..sampai umah pun dah kul 6.30, nak beli juadah lagi, tak sempat..tambah2 buka puasa pun awal skrg ni.

Akhir kata selemat menjalani ibadah puasa.

Kelebihan solat tarawikh mengikut hari:

di rujuk di : http://www.darulnuman.com/semasa/tarawih.html


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Catat Ulasan

1 Ulasan