Seleksi Hujung minggu

Seperti biasa hujung minggu, mesti boring tak tahu nak buat aper, tapi kali aku nak menulis skit mengenai seleksi hujung minggu, huhuhu..korang kalau tak suka baca tulisan aku cepat2 lah tekan CTRL + W (untuk pengguna firefox sahaja.)

Seleksi hujung minggu #1

Kolam Air Panas, Labis-Segamat















Ni gambar kaki aku, hahahahha, best giler bila dapat rendam dalam kolam air panas, tapi memang panas betul, tapi kesan dia ialah bila dah keluar dari kolam tu, kaki akan rasa ringan, lenguh2 pun dah hilang, so kepada orang2 di luar sana kalau rasa lenguh2 kaki sakit urat...tak yah la gi ngurut...pergi jer rendam kaki dkt kolam air panas, dan banyak kolam air panas yang aku tahu ada di sekitar malaysia ni seperti kolam air panas dkt hulu langat.

Ataupun kalau korang dah malas sgt korang amik satu baldi ataupun besen, masukkan air panas..buat sendiri kat umah, settle,...dapatlah merehatkan kaki yang penat dan lenguh2 setelah bekerja seharian, terutamanya untuk orang yang bekerja berdiri sepanjang masa.

Kalau sesaper nak gi kolam air panas dkt labis,segamat nih...bayaran masuk RM 1 untuk seorang dan parking untuk kete RM1, so hari tu aku dah habis RM3, (cuba teka berapa orang aku pergi...?? hahahahahah)

Ok lah semua, chow dulu nak gi berbuka puasa umah kakak...........

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Rendam kaki jer ke

    BalasPadam
  2. kaki...
    anugerah Tuhan yang tak ternilai..
    hargailah kaki kita
    tanpa kaki.. ke manakah hala tuju kehidupan kita
    kaki...
    sungguh selesa direndam dalam air panas
    hilang segala beban yang ditanggung
    akibat letih berjalan
    kaki...
    sudah jauh ia melangkah
    kadang berlari
    mengejar masa yang tak menanti
    walau sesaat takkan berhenti
    kelak nanti kita yang rugi
    kaki...
    terima kasih kaki
    terima kasih Tuhan yang menganugerahkan kaki
    yang cukup sempurna buat kita
    menjalani hari hari dalam kehidupan
    kaki oh kaki....

    BalasPadam