Oh OCBC Taman Molek Johor Bharu


Baru-baru ni @ ataupun dengan kata lain hujung minggu lepas aku kena gi Johor Bharu sbb tresury department dlt OCBC J.B pindah ke OCBC Taman Molek (korang jangan tanya aku taman molek tu kat mana, sebab aku pun sesat masa nak gi sana ari tuh...hampeh..)

Dan dengan perginya aku kat J.B bermakna aku kn bekerja hari sabtu (hari yang memang menjadi hari cuti untuk aku)...tak per, aku tak kisah pun kerja hari sabtu, janji di bayar...itu jer. Apa yang aku nak citer kat sini ialah, seharian aku dekat sana dari pukul 9.30 pagi sampai lah 6.10 petang, gara2 system yg aku nak pasang dkt OCBC tu ada mlsh skit, dan yang membuatkan aku geram ialah masalah tersebut bukannya berpunca dari aku...dan aku terpaksa menyelesaikannya, kerana hari Isnin diorang dah nak start kerja, dan aku pun kn balik K.L kerja, serta aku tak nak datang berulang-ulang kali ke OCBC taman molek untuk selesaikan masalah tersebut.

Nasib aku baik, sbb system dapat juga running dan aku dapat siapkan hari sabtu tu jugak, cuma yang aku frust...sbb tak dapat berbuka puasa dengan family tunang aku dkt Labis,segamat..(*kepada sesiapa yg berkenaan-minta maaf banyak2 sbb tahun ni tak dapat berbuka bersama...huhuhuhuuh....).sepatutnya planning nak siapkan kerja sebelum pukul 12 tengahari dan aku terus blah dan bertolak ke Labis yang mengambil masa perjalanan selama 2 jam jika memandu kereta, tapi kalau bawak laju sejam boleh sampai...

So bila dah siap kat ocbc aku terus blah nak masuk highway nak balik labis, masa tu dah nak pukul 7 dan aku berbuka puasa pun dalam keta....sampai dkt Labis pukul 9 malam...

nanti aku sambung lagi citer aku...

Catat Ulasan

0 Ulasan