Assalamualaikum semua

Kali ini terpanggil untuk menulis setelah sekian lama tak dapat gunakan internet, maklumlah skrg ni masih lagi kursus di Akademi Bomba di terengganu, tinggal lagi sebula berkursus barulah berkerja dengan goverment.

minggu ini saya mengikuti program wajadiri di FRAM KKB, tiga hari masuk hutan,woo teramat lah perit, tetapi ia merupkan satu pengelaman yang amat menyeronokkan kerana disitu dapat belajar bagaimana untuk meneruskan hidup di dalam hutan tanpa makanan dan bantuan, terpaksa belajar macam mana nak cari makanan dalam hutan, " siap belajar lagi macam mana nak tangkap katak", heheheeh....tp sumpah aku tak makan katak, tp tak mustahil kalau dah 3 hari tak makan dalam hutan kompom katak pun dibedal....

tapi itulah pengalaman yang mengajar ku erti kesabaran, ketahanan mental dan juga fizikal, tak tidor 3 hari tau.......dan juga jangan cepat berputus asa.....

itulah asam garam yang kn ditempuhi...

mungkin ramai di kalangan rakan2 online ku tertanya-tanya mengapa lama ku menghilangkan diri dan mungkin ramai pembaca www.pasangkamera.com tertanya-tanya kemana perginya blog tersebut, tapi tu lah...blog tersebut telah expired semasa saya didalam berkursus,tak sempat renew...maklumlah tepon,internet,semua tak leh guna...hanya surat sahaja.....

sebenarnya semua tu terjadi sebab saya telah bertukar kerja dari swasta ke kerja kerajaan..menjadi penguasa bomba...

kepada semua pembaca dan org yang tercari-cari maklumat mengenai cctv kamera dan sebagainya,saya memohon maaf kerana tak dapat lagi berkongsi pengalaman dan maklumat mengenai cctv lagi buat masa sekarang, insyaAllah projek tersebut akan disambung setelah tamat kursus bomba nanti..

sebenarnya sayang teramat sangat pada blog www.pasangkamera.com tersebut, dengan blog tersebut saya dijemput menjadi tetamu dalam rancangan selamat pagi malaysia, dan dgn blog tersebut sy mengenal perniagaan di internet, belajar macam mana menggunakan blog...dan mendapat rakan-rakan baru...insyaAllah kalau diberikan rezeki oleh NYA saya akan kembali dan menyambung semua menulis ebook panduan asas cctv..

setakat ini dahulu kalau berkesempatan di lain masa saya akan update lagi...

ok jumpa lagi................

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. tak mo la makan katak abg mizi. eee.. jgn lupa carikkan monitor ek. brape jer nanti ijah bayar. heheh..

    BalasPadam