Macam mana nak beli Domain dan Hosting

Saya percaya ramai diluar sana masih lagi tak nak beli domain sendiri disebabkan tidak tahu macam mana cara untuk membeli domain dan hosting yang disediakan oleh syarikat-syarikat hosting di Malaysia ni.

Artikel sebelum ni ada menyentuh berkenaan dengan

Memiliki Blog Dot Com sendiri murah sebenarnya

Tetapi ramai belum tahu, so mari saya tunjukkan bagaimana nak beli domain dan hosting sendiri.

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan membuat survey berkenaan dengan hosting dengan domain dibeberapa syarikat hosting yang terbaik dan murah. Tetapi "terbaik" adalah terlalu subjektif sebenarnya.

Apa yang boleh dicadangkan untuk anda ialah sebagai permulaannya carilah syarikat hosting yang menyediakan pakej yang murah seperti yang saya cadangkan sebelum ni iaitu Netkl.com, pakej yang ditawarkan murah dan harga bermula dari RM60 sehinggalah RM200.

Saya bukan ejen netkl.com tetapi setelah survey yang saya buat dan pengalaman saya, netkl.com adalah yang sesuai untuk anda memulakan blog dot com anda sendiri.

So kita mulakan langkah pertama dahulu :

Langkah Pertama : layari www.netkl.com

Pilih pakej Basic ( RM 60 setahun percuma domain)

http://netkl.com/hosting.html

Untuk pakej Basic ini anda mendapat Disk space sebanyak 400MB, bagi saya sudah cukup untuk anda hostkan blog anda dan anda boleh upgrade bila-bila masa untuk menambah kapasiti storan yang disediakan.

Saya guna tak sampai 300MB pun setahun untuk buat blog (langkah berjimat space ialah gambar yang ingin dimasukkan di setiap artikel anda hostkan dkt image hosting yang percuma seperti imageshack, photobucket dan banyak lagi la, dah panjang pulak penerangannya

Ok lihat gambar di bawah

pakej hosting basic netkl

Klik pada butang "Order Now!" untuk membeli pakej hosting basic ini dengan percuma hosting.

NetKL Network - Shopping Cart_1265759755880

Selepas order now tadi anda dibawakan ke page seperti gambar di atas. Apa yang perlu anda lakukan ialah dekat kotak merah tu je yang perlu anda lakukan, pilih domain yang anda suka. Saya faham ramai yang mengalami kesukaran untuk memilih domain yang sesuai, saya pun seperti anda juga pada suatu ketika dulu. Tips saya senang jer, pilih domain yang berkait dengan anda seperti nama anda ataupun trademark anda contohnya abgbotak.com ke...

Lepas dah pilih domain yang anda nak, klik pada butang "click to continue" untuk meneruskan pembelian. Lihat gambar di bawah.

NetKL Network1 - Shopping Cart_1265760157379

Kalau domain yang anda pilih masih lagi available @ domain tu masih lagi tidak dibeli oleh orang lain gambar seperti di atas akan terpapar dan anda perlu tick pada kotak "available order now". selepas tu anda klik je butang "click to continue", mudah bukan? kalau susah gak, hantukkan kepala kat dinding, tak pun kalau anda berada di tepi tingkap, terjun ke bawah pastu naik balik dan baca balik apa yang saya tulis (itupan kalau anda masih lagi hidup selepas terjun tadi)... gurau jer

NetKL Network - Shopping Cart_1265760491081

Tengok gambar kat atas tu, untuk billing cycle apabila anda pilih untuk bayar secara tahunan, then kuar lah statement free domain. so apa lagi pilih la bayar secara tahunan. Untuk configuration option tu tak perlu usik apa-apa, klik sahaja " Update Cart" untuk meneruskan proses pembelian.

Langkah seterusnya ialah seperti gambar dibawah

NetKL Network - Shopping Cart_1265760703512

Tengok kat atas tu, untuk domain nakbeliblog.com tak der charge pun. free sekiranya anda bayar hosting untuk setahun yang berharga RM 60. Dan sekiranya anda dapat promotional code, boleh masukkan coupun code tersebut untuk menikmati diskaun.

Selepas itu klik pada " Checkout" untuk meneruskan langkah dalam membeli hosting di netkl

NetKL Network - Shopping Cart_1265847967811

Isi maklumat diatas untuk meneruskan pembayaran, selepas itu klik pada "complete order" untuk meneruskan pembayaran, dan invoice dari netkl akan dihantar ke email anda untuk membuat pembayaran, lihat contoh di bawah

customer invoice untuk netkl dot com

Sila buat pembayaran kepada Netkl melalui online ataupun cash deposit machine (saya galakkan anda membuat pembayaran secara online samada melalui maybank2u.com, cimbclick ataupun bank-bank lain. Selepas pembayaran dibuat, hantarkan resit pembayaran kepada sales@Netkl.com untuk pengesahan pembayaran, selalunya tak sampai satu jam, pihak netkl akan mengesahkan pembayaran anda serta menghantar email susulan berkenaan login cpanel dan sebagainya untuk hosting yang telah anda beli, lihat contoh dibawah

payment confirmation

Selepas anda mendapat pengesahan pembayaran daripada pihak admin netkl, satu lagi email dari pihak netkl akan menyusul untuk memberikan maklumat cpanel hosting dan domain yang telah anda beli seperti gambar di bawah

cpanel account information

Tadaaa... sekarang anda telah membaca sampai saat ini, bermakna anda sudah faham dan sudah berjaya untuk membuat pembelian domain dan hosting, mudah bukan?

Sebenarnya bukan susah pun untuk melakukan semua ni, cuma kadang minda kita je berkata leceh dan susah nak buat semua ni.

Selepas anda mendapat semua maklumat yang diberikan, boleh lah anda akses cpanel untuk hosting dan domain yang anda beli, dan nasihat saya selepas kali pertama menggunakan cpanel, tukar password yang telah diberikan oleh pihak admin netkl kepada password yang senang untuk anda ingat dan pastikan segala email yang berkaitan dengan netkl janganlah anda delete, letak di dalam satu folder email anda

Sekian terima kasih, pihak admin melaporkan untuk anda, dan sekiranya anda ada pertanyaan, lontarkan di ruangan komen serta boleh hubungi saya untuk bertanya.

p/s: anda boleh copy artikel ini dengan syarat meletakkan link rujukan blog saya.

Catat Ulasan

26 Ulasan

  1. assalamualaikum saudara..saya tertarik dgn artikel sedare nih,,mmg sy mencari web hosting,masalah nya begini..skrg,trend tukarkan blogspot ke dot com shja..makna nya pakai hosting berbayar la,,masalah nye,,saya gunakan page blogspot,tpi hostingnya yg beli,,harap sedara paham,,,makna nya,segala urusan edit sy log in ke blogger lagi,cuma domain nye mrsmgemencheh.com so ape nasihat dan pandangan sedara..
    terima kasih

    BalasPadam
  2. macam ni saudara jgn salah faham, hosting dan domain adalah dua perkara yang berbeza, domain ialah nama pengenalan ataupun dgn kata lain alamat rumah la senang

    manakala hosting pula ialah rumah tersebut ataupun tempat penyimpanan data, gambar dan segalanya semasa anda menulis artikel di blog anda.

    ok berbalik pada soalah tukar dot blogspot kepada dot com, memang boleh sbb itu melibatkan domain, bukannya hosting. jadi anda masih boleh menggunakan hosting percuma dari blogspot dan hanya perlu beli domain sahaja.

    Harga domain skrg hanya dalam RM30 je untuk setahun.

    Ok cuma membezakan blog anda dgn yang lain ialah tiada .blogspot.com hanya mrsmgemenceh.com tapi masih menggunakan blogspot sebagai hosting.

    Saya harap saudara jelas dengan jawapan yg diberikan, jika ada pertanyaan, hubungi saya di page hubungi saya

    BalasPadam
  3. Assalamu'alaikum ya akhi..

    Alhamdulillah. Kalau dapat bagi 10 bintang, memang saya dah bagi pada blog akh, ^^

    Saya banyak belajar buat website kat blog Akh ni. Ada juga belayar ke website orang lain, namun kat sini senang sikit.

    Hep! Sangat-sangat berterima kasih.

    BalasPadam
  4. waalaikumussalam,
    terima kasih sue, blog sue pun dah cantik tu

    BalasPadam
  5. gua pun langgan netkl ni.....setakat ni memang berpuas hati :)

    BalasPadam
  6. ramai customer gua pun guna net kl

    BalasPadam
  7. macam mana nak gunakan domain netkl. tapi hosting blogspot... ? minta maaf kerana mmg tak tahu guna...

    BalasPadam
  8. beli domain di netkl dan selepas itu log in

    www.blogger.com

    masuk ke setting>publishing

    selepas tu klik pada custom domain, masukkan domain yang dibeli

    pastu dkt netkl setkan dns/CNAME dgn nama ini

    ghs.google.com

    save...pastu tunggu sehinggi domain tu direct ke hosting blogspot anda

    BalasPadam
  9. saya isi 2x.so ada 2 domain.camna saya nak cancel satu.baru isi tahap Konfigurasi Domain.help

    BalasPadam
  10. ada fungsi untuk empty cart tu, pastu buat balik

    BalasPadam
  11. [...] call Mijie aku berhubung dengan NetKL[chat],admin NetKL mengesahkan status blog aku ok ! Berikut chat aku [...]

    BalasPadam
  12. slm..sy bru buat blog guna wordpress ats tujuan [perniagaan..tp sy xtau sgt cmne nk publish blog sy kt web site..sy try search blog sy kt google..xde pon..so harap dapat bantu..thnks..

    BalasPadam
  13. mungkin amik masa lama skit, dalam 2,3 hari..kalau nak cepat cuba submit kat gengblogger

    BalasPadam
  14. macam mana cara nk submit? kan klo kite nk publish
    blog kite kne ade domain n hosting kn? sy dah buat kat 00webhost..tp mcm mane sy nk msukkn domain tu dlm wordpress..dh try tp xleh..kne tngu 24 jam ke? leh x tlg tunjukkn cara nak wat domain sy valid..sy dh pening pk psl ni..

    BalasPadam
  15. kalau beli domain saja dan gunakan free host mcm ooowebhost tu, memang rumit skit tapi boleh buat

    kn buat manual, uploadkan file wordpress then setup,

    BalasPadam
  16. salam, nk tanya sikit saya mmg zero psl domain & hosting ni. tad sdr kata hosting tu harganya RM60/thn, utk continue kita kena byar lagi lakan . berapa sama mcm beli first time jugak ke?klu kita nk beli domain jugak camna ya?

    BalasPadam
  17. setahun rm60, kalau nak renew pun tetap kn rm60

    kalau beli ikut pakej netkl yg saya bagi dkt belah kanan atas tu, domain akan diberikan percuma, jadi hanya bayar rm60 every year

    BalasPadam
  18. saya skrang ada guna hosting 000webhost.. memang uptime guarantee lah..xde down lg stakat ni..domain lak saya pakai co.cc..xde apa2 masalah pun..suma saya pakai free of charge..sape2 yang xde duit tuk sewa domain dan hosting 2 bleh pakai hosting 000webhost.com dan domain dekat co.cc..
    semuanya free..

    BalasPadam
  19. memang benar, tapi kalau yang percuma pasti ada kekangan dan kawalan :)

    betul boleh guna 00webhost dan domain co.cc dan ianya percuma

    BalasPadam
  20. sesuai untuk orang baru belajar buat blog cam saya lah. saya pun berhajat nak ada blog dot com sndri cuma xde masa lg skrg.. dalam pencarian hosting dan domain pun mmg netkl terbaik dan termurah dimalaysia. saya xpernah jumpa lg yg plg murah dari netkl..

    BalasPadam
  21. betul tu, belajar pelan-pelan

    BalasPadam
  22. nice tutorial..best ek net kl ni..

    BalasPadam
  23. best ke tak bergantung pada individu tersebut

    BalasPadam
  24. salam tuan saya terlupa password cpanel saya... macam mana nak dapatkan balik?

    BalasPadam
  25. kalau terlupa kena request dgn pihak hosting, cuba emailkan pada mereka dan biasa mereka akan hantar balik password

    BalasPadam
  26. cukup ribet juga buat beli domain dan hosting apalagi bila belinya dari luar negeri yang harus pakai paypal :(
    terima kasih atas sharing ilmunya, sangat bermanfaat sekali :)

    BalasPadam