Memiliki Blog Dot Com sendiri murah sebenarnya

belajar buat blog dot com

Mungkin ramai yang tidak setuju kalau saya katakan memiliki blog dot com sendiri murah, memang betul dan dulu saya sendiri pun akan cakap kalau nak ada blog dot com sendiri mahal sebabnya...

dulu semasa saya belum tahu apa itu blog dengan hosting sendiri dan tak tahu macam mana nak beli domain dot com, saya merasakan ianya mahal kerana pada masa itu, saya tidak mempunyai ilmu mengenai blog dot com ni
Tahukah anda, domain untuk .com .biz sekarang hanya berharga kurang dari RM 30 setahun? murah kan Rokok Dunhill 14 pun RM 6.90 sekotak, 1 kotak x 7 hari = 7 kotak x Rm 6.9= RM 42 seminggu....Rokok pun mahal lagi dari domain .com yang hanya menelan belanja RM 30 setahun, bukan nyer sebulan RM30

Cuba bayangkan kalau nama anda zakaria dan anda beli domain zakaria.com, kan cantik dah indah tu ada domain sendiri dari menggunakan platform blogspot yang mana blog anda pun jadi panjang zakaria.blogspot.com

Dekat mana tu domain murah tak sampai RM 30, ada banyak syarikat hosting yang menjual domain dengan harga tak sampai RM 30, antaranya ialah NetKL.com dimana harga untuk satu domain ialah RM 29.95.

Nah tengok harganya tak sampai RM30 dan saya rasa anda tidak ada alasan untuk memilikinya, at least satu domain pun dah cukup, apa lah sangat RM30 tu kalau nak bandingkan makan KFC untuk 3 orang set dinner plate pun dah cecah RM 30 lebih.

Tetapi itu baru saja domain, anda juga perlu memiliki hosting untuk meletakkan domain anda, senang citer mcm ni lah Domain tu nama pengenalan anda dan hosting tu macam rumah la, dan bila sentuh bab hosting ni makin ramai akan memberi alasan, tak pandai lah nak beli hosting sendiri, mahal la hosting ni

Kalau pergi dekat NetKL.com tu kat situ anda beli jer pakej hosting dengan harga RM60 dan dapat free domain untuk tempoh setahun, so saya rasa kosnya RM 60 untuk setahun tidaklah terlalu mahal bagi saya.

Saya bukanlah agen Netkl ataupun sebagainya, memang ada hosting yang lebih murah harganya, RM 10 setahun pun ada, tapi saya nak rekemen pun malu sebab faham-faham sendiri la, kalau dah murah tu, banyak masalah akan timbul dan dari pengalaman saya sendiri pun memang tidak mengembirakan dengan harga RM10 tetapi servis yang amat teruk.

Jadi untuk mereka yang diluar sana untuk anda memula langkah dan belajar menggunakan blog dot com sendiri, mulakan langkah anda dengan membeli hosting dan domain dot com anda. Kalau tak tahu dan tak pandai banyak ilmu dan maklumat blogger kat malaysia ni yang dikongsi dan google jer.

Selepas ni saya akan tunjuk macam mana cara nak beli domain dan hosting, tunggu artikel seterusnya dari saya, kalau ada sebarang pertanyaan lontarkan di ruangan komen atau klik dekat hubungi saya

Terima Kasih

Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. oo..sye nye website..$9.99 setahun..x taw la kan lg mahal ke ape ble change currency,,tp ok r kut..

    neways..nice article..ntah2 nie mkin rmai bwat website sal post nie..dat'll ought 2 be good ^-^

    BalasPadam
  2. itulah, sekarang dah makin murah sebenarnya

    harap2 pasni ramai yg menggunakan blog dot com sendiri

    BalasPadam
  3. bila da guna hosting sendiri,mesti kena guna wordpress kan..
    Taknak² T______T

    BalasPadam
  4. saya setuju...kalo nk blogging..better beli yg ade dotcom..dh ramai power blogger yang suggest bende nie...tp as a newbie..xsalah pun nk guna blogspot...:)hepi blogging

    BalasPadam
  5. ada satu cara, iaitu beli domain dot com jer then integrate dgn blogspot. so walaupun domain dot com tapi masih gunakan hosting blogspot

    BalasPadam
  6. memang betul, untuk bermula sebagai blogger boleh start dengan blogspot dulu, bila dah pandai then mulakan blog dot com sendiri

    p/s : sy pun masih lagi ada blogspot

    BalasPadam
  7. lagi ramai pakai blogger dari wordpress. tapi ramai jugak yg dah convert dari blogger ke wordpress. nyata wordpress lagi terbaik!

    BalasPadam
  8. memang wordpress yang terbaek...

    guna wordpres adalah satu nikmat yg tak terkata

    BalasPadam
  9. X kenal wordpress, maka x cinta. hehe.
    Dulu ingat susah nak memiliki website sendiri, dh kenal wordpress, rupanya senang je. kn.. kn..

    BalasPadam
  10. betul tu, masa mula-mula kenal memang rasa susah, tapi bila dah kenal...senang sebenarnya

    "tak kenal, maka tak cinta"

    BalasPadam
  11. membeli/memiliki domain dot com boleh diibaratkan sebagai satu pelaburan di alam maya.

    bila dah ada domain,tak kan nak dibiarkan begitu sahaja...maka bangunkanlah sebuah blog :)

    BalasPadam
  12. betul tu, melabur untuk jangka panjang

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah, baru juga guna .com, tapi masih guna hosting blogspot. Ingat nak try2 main kod kat blogspot.

    Misi: "mengwordpresskan blogspot" :)

    BalasPadam
  14. Domain yang saya beli = RM27
    Hosting pula di sponsor

    Sila dapatkan di iHosterz.com
    Huhuhuh

    BalasPadam
  15. bagus la kalau mcm tu

    BalasPadam
  16. thanks 4 sharing.. sedang cari info.. nak jugak merasa dot com :)

    BalasPadam
  17. sama-sama, korek je artikel blog ni semuanya ada

    BalasPadam
  18. saya dah beli domain...tp macam mana nak guna? ades

    BalasPadam
  19. kena ada hosting atuapun pointkan ke blogspot baru boleh guna, cuba buka kategori tutorial blog sy, semuanya sy dah tulis

    BalasPadam
  20. kalau beli di godaddy kita bisa mendapatkan harga jauh lebih murah juga, berkisar $0.98 tapi belum termasuk privacy whois

    BalasPadam