Sudah lama tak jenguk blog ni dan sebenarnya dah lama pun tak usik blog yang dah berkarat ini, tetapi sebenarnya blog mijie atau muhammad tarmizi ini betul-betul meninggalkan kenangan kerana blog ini juga lah aku bermula sebagai seorang yang berjinak dengan dunia blogger
semakin hari semakin meriah dunia blogger dan aku juga tidak ketinggalan untuk mengikuti arus yang semakin berkembang dan kerana itu aku telahpun mewujudkan blog dot com yang sudah menjangkau 2 tahun hidup didunia online
sayang kepada blog lama tetap ada walaupun waktu sekarang blog lama sudah tidak lagi ada sebarang post tetapi keinginan untuk menguruskan kesemuanya masih lagi bersemat dalam hati ini. disebabkan perasaan sayang itu yang menyebabkan aku hanya membiarkan ia terus kekal didalam internet dan biarkan ia terus begitu dan mana tahu mungkin suatu masa nanti ianya akan diaktifkan kembali.
perancangan tetap ada tetapi perlulah dilakukan mengikut step dan tak perlu tergopoh gapah kerana bukan mudah untuk menyeimbangkan antara dunia offline dan juga dunia online
0 Ulasan