Nak menulis perlukan imiginasi yang tinggi supaya kita dapat berkata-kata didalam hati dan diterbitkan di papan kekunci..jadi maknanya kita perlu syok sendiri untuk menulis?
Ada banyak jenis penulis begitu juga blogger banyak juga kategorinya dan aku pun tak tahu tergolong dalam kategori mana, ada yang menulis dengan harapan ramai orang akan membaca tulisannya dan memberikan komen serta maklumbalas. Ada juga yang menulis kerana ingin meluahkan apa yang terkandung dalam hati dia tetapi tidak mempedulikan pun orang lain baca malah tidak memberi respon pada komen-komen yang diberikan.
Ada yang menulis mengejar trafik blog supaya suatu hari nanti dia dapat berbangga dengan hasilnya untuk dipaparkan pada semua supaya dapat membuktikan..ya aku hebat. Ada juga menulis tanpa jiwa, hanya gilakan SEO tanpa wujud perasaan dalam penulisannya
p/s : suka menulis hentam kromo
0 Ulasan