Buat comeback untuk menulis blog



Sebenarnya tak tahu bagaimana nak memulakan untuk menulis disebabkan dah lama tak menulis blog dan skill menulis pun makin lama makin terpadam begitu. Kalau sebelum ini memiliki domain .com sendiri iaitu www.muhammadtarmizi.com tapi 3 tahun lepas akhirnya dikuburkan tanpa nisan disebabkan pelbagai faktor yang tidak perlu lagi untuk dikenang.

Tapi minat untuk menulis, berkongsi dan menitipkan kata-kata di alam maya tidak pernah pudar walaupun tidak lagi memiliki blog .com yang berbayar dan akhirnya kembali kepada blog yang percuma yang disediakan oleh google platform ini. Sebenarnya blog ini telah lama wujud, dari mula menulis blog pada tahun 2005 dimana masa tu keterujaan dan ditambah dengan blog baru meletup di dunia internet di Malaysia

Lihat POST PERTAMA yang wujud dalam blog ni masa mula-mula start blogging

So harapnya post ini bukan yang last yang selepas ini semangat untuk menulis, berkongsi bersama akan berterusan, akhir kata "jiwa menulis tetap tersemai dihati"




Catat Ulasan

0 Ulasan